Friday 19 April 2013

patutkah aku? pada Allah aku berserah.

setiap hari aku berfikir..aku bertanya..layakkah aku...patutkah aku...adakah hati dia telah dimiliki..pelbagai benda yang aku fikir sampaikan dalam tak sedar negatif lagi banyak dari positif..Allahuakbar..

dua tahun yang lepas,aku selalu terpandang seseorang yang bernama wanita yang satu-satunya wanita yang runtuhkan hati aku. kisah ini terjadi dalam masa aku mengikuti program motivasi dimana dijalankan di kawasan pengajian aku..niat memang untuk menimba ilmu, apabila aku pandang si dia, terus mata aku tak berkelip melihatnya sampailah dia hilang dari pandangan..maaf lah,bukan nak berjiwang,ini apa yang aku rasa.:) hanyalah lima minit aku melihat dia.. tak apalah..aku pandang diri aku,jauh sangat aku dengan dia. tapi selepas itu makin kerap aku berjumpa dengan dia. semakin aku nak tahu siapa kah dia,apakah nama dia..

susah juga aku mencari..sampaikan selepas dua tahun baru aku dapat tahu..baru aku tahu facebook dia..wah!!time 2 teruja giler..bukan senang..mula lah interview aku dengan dia..dia pelik juga sebab aku chat macam aku kenal dia..padahal baru kenal dengan dia..haha..kelakar je rasa time 2..sebabnya aku yang kelam kabut..

dah selesai temu ramah, kawan2 aku lah jadi mangsa dengan topik aku nak berborak..kesian mereka..sampaikan aku berhenti untuk membuka topik itu sebab aku tahu aku telampau over dalam bercerita lagi2 dalam perkara yang sama..

:)
pernah juga aku terus terang pada si dia mengenai hati aku kerana aku tak mahu pendam dan aku tak mahu terlepas si dia..aku juga bukanlah nak berkapel2 ni tapi aku nak peristerikan dia dengan cara yang sah walaupun aku tahu aku masih belom mampu untuk semua ini..tapi Allah sentiasa ada untuk membantu manusia..aku berserah pada Allah saja..:) 

cuma sekarang aku tak tahu dia ada menyimpan hati pada siapa2 atau tidak..sekiranya ada,aku tak mahu lah kacau..cuma aku akan tunggu dia selagi dia tak kahwin..sekiranya tiada,aku fikir untuk berbincang dengan keluarga aku untuk serius antara kami..aku tiada kekuatan untuk itu ..untuk menyatakan keinginan aku..aku takut menganggu fikiran dan jiwa dia..

in shaa Allah ,ada jodoh,adalah kan..inilah kawan2 aku sering pesan..lagi2 kawan baik aku..rindu pada dia?ya,memang sentiasa rindu..aku memang rindu..sekiranya aku terjumpa dia,aku akan terpinga..dan aku rasa sejuk dan tenang sahaja hati aku..tapi,kawan2 aku saja lah yang menguatkan aku..dan keluarga aku tak tahu lagi mengenai ini..semoga Allah mudahkan segalanya..in shaa Allah..

setakat ini saja cerita aku..kerana belum ada penyudahnya..hanya doa yang ku mohon..wanita idamanku..wanita yang pertama kali yang membuatku tenang..alangkah bahgianya jika dia adalah isteriku yang sah...alangkah seronok nya berjuang dalam agama bersama2 dia.. 

hati penuh tangisan keinsafan..penuh juga tangisan kerinduan..Allahuakbar...aku bermohon padaMu Maha Perancang sebaik2 perancang..:)

Saturday 20 August 2011

mana emak?copy


Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Saturday 13 August 2011

prubahan dr khdupan ak

alhamdulillah ak tgk fmli ak mkin btmbh cria n dpt trime keadaan y pnoh dgn cbran ni...ak tgk,ad bnd y lwak antre adk brdik ak...siap video lg..huhu...lynla ye...cbe tgk plkon utama dlm fmli ak,adk ak y last skli..die ni mcm2 krenah...hahha..adk pmpn ak lak cm mk nenek...die mcm mkn gram dlu...ckp n bleter je mnjang...2 y ak pggl mk nenek..hahaha

keindahan hati ini

subahanallah..arini ak gse tng je..xtau npe..cm hepi,cm ad bnd y sonk akn jd,,..wlupn srbut dgn asgmnt...mmg kdg2 hdup seorg stdnt amt klam kbut...tp 2 sume sbg pnglaman y terindah...smgt y dbri fmli n awek n kwn2,ak jd lbh bhgia...skang ak xsbr2 nk tggu rye..ntok rye bsme fmli ku...kpd kwn2 ku,insyaallah ak akn jmp kowg..kpd awek ku...insyaallah lau ad jdoh,kte akn jmp gk...ak sntiasa doakn kte sume dlmpahkn rezki n dbri chya n rhmat ntok truskn hdup n kkuatan ntok mnempuh dgaan hdup...sme2 kte bgnding bhu n jgn mlu2 nk kongsi mslh k...

Wednesday 10 August 2011

hahha..kwn ak dh biul....

ad sowg kwn ak ni...die ad mslh dgn jiwa die..cnfuse dgn mslh simple...ak dh ceramah die ,mcm2 ak ckp,die ttp cm 2...dh biul mlpau dh ni..hahha...die sndri tersekat dgn jln die...ntah pe mslh tah...y pasti sal boy laa...ak xtau nk ckp ...ak ptot cte ke ea??hehhe...ak pn dh biul ble  die dk cte cm ptr blit..kdg2 skit ati gk ak ni...bdoh gler la...hahha

prubahan..

skang ak nk ckp sume xbrubah,xleh gk kn...skang y ak nmpk kt ak,ak ni mkin bz dgn hdup,xd mse ntok snok sgt...y ak nmpk kt kwn2 lme ak lak,lme gk lme gk xcntct...kwn bru kt kolej lak,byk y diamkn dri...xtau la bz o mls nk lpak n dpt kwn bru...adk angkt ak kt cni lak dh benti,owg pggl eka mummy...fmli ak lak jauh...parent ak pn ak tgk,ermm...okla.....xdla cm dlu..alhamdulillah...ad spoil adk brdik ak sowg je...die dh gler...sewel...biul...bdoh...sume ad la...haha..ooppss...Allah ,pose la...xbek...awek ak lak.....alhamdulillah..mkin lmbut ati...brubah ntok ak...mkin syg ak kt die...tp 1 je xbrubah,xnk mkn ubt...heheh...ego n dgil...kdg2 die ske wt ak mrh...tp nsib bekla iman ak kuat..huhu...nmun,hahha...ayt ak ni skema gler lak kn..tp xpela...ak nk ckp y ak ni rndukn fmli ak y jauh dmte...rndukn awek ak y dk kt sarawak 2...lau ak ad dkt,leh ak tgk2kn fmli n awek ak...besa jurang kmi..nk xnk,kne tmpuh gk kn...y pasti ak rndukn sume y ak knl....haha..kn sng cte...anyway,lau hdup xbrubah,pe gnenye kn...bek xpyh hdup...sume bnd hdup kne ad prubahan..bru hdup mkin bek..lau silap lngkah,mkin bruk la hdup 2...kn3??made ur self perfect 4 u...from me,HIDUP MATI KU...salam....

Tuesday 9 August 2011

ABOUT MY LIFE

TUJUAN KU MMBUT BLOG NI BKN SKDAR UNTUK KESUKAAN KU..NMUN NTOK BRKONGSI KSH HDUPKU...BKN NTOK MMBNGGAKN DRI ATAU PUN MMNTA SIMPATI,TP NTOK MNX PNDPT,BRKONGSI MSLH,MLUAHKN ISI ATIKU,MNCERITAKN SSUATU Y INGIN KU KONGSI....JD,SMOGA ANDA SUMA MMBRI TINDAK BALAS N MMAHAMI PE Y INGIN KU KONGSIKN...:)